PENYAKIT HAMA MERAH

Hama Merah
Tuan Puan pernah dengar tak tentang Hama Merah/Hamama/Hama Labah Labah? Hama Merah ini suka menyerang tanaman seperti Cili, Tomato, Terung dan Timun.
Serangan Hama Merah ini menyebabkan kerosakan yang merugikan pemilik tanaman tersebut. Tanaman tersebut akan menjadi terbantut, buah menjadi tidak cantik (tujuan komersil) dan daun mula kelihatan seperti layu. Hama Merah ini selalunya akan ada dibelakang daun tanaman. Ia akan membuat sarang disitu.
 
 
Kitaran hidup Hama merah ini merangkumi 4 peringkat. Pertama ialah peringkat Telur, Hama Merah akan bertelur lebiih dari 100 biji sepanjang hayatnya. Telurnya akan mengambil masa 4-10 hari untuk menetas. Kedua, selepas menetas ia akan menjadi larva dan ia akan berkaki 6. Kadar pertumbuhannya amatlah pantas iaitu mengambil 1 hari sahaja. Pada peringkat Ketiga atau peringkat Nimfa, kakinya akan menjadi 8 dan ia akan mula dilihat seperti Hama Merah pada peringkat dewasa. Ia mengambil masa 5-9 hari untuk ke peringkat dewasa. Apabila sudah capai ke peringkat dewasa iaitu peringkat Keempat, ia akan mula aktid dan agressif menyerang tanaman. Ia akan berada dibawah pokok dan membuat sarang untuk kitaran hidup yang baru. Warna Hama Merah ini berwarna merah dan kehijauan. Saiznya amat kecil iaitu 0.1mm-0.4mm sahaja dan sukar untuk dilihat dengan mata kasar jika dari jarak jauh.
 

Hama ini akan berada dibawah daun tanaman anda, jadi kami sarankan anda lihat dibawah daun dan selalunya jika diserang daun anda akan kelihatan perang dibawahnya. Sembur racun serangga secara menyeluruh termasuklah dibawah daun anda. -N

Anda berminat untuk menggunakan Baja dan Racun Serangga Perosak Organik daripada kami? Klik gambar dibawah!

PROGRAM PEMANTAPAN EKONOMI MELALUI AGROBISNES di Putrajaya 13/8/2022

Program Pemantapan ekonomi melalui Agrobisnes dengan kerjasama NGO Pewangi, Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Program ini berlangsung pada 13 Ogos 2022 dan program ini diadakan di Dewan Blok C, Pangsapuri Putra Damai Precint 11, Putrajaya. Program ini disertai oleh 71 orang peserta dari sekitar Putrajaya.  Sebelum Program berlangsung, penduduk  Pangsapuri

Read More »

KENALI SERANGGA PEROSAK-SERANGGA YANG MENYERANG TANAMAN ANDA

Soalan: Perosak tanaman ada pelbagai jenis (sucking/chewing), kadang-kadang tak perasan dia ada dibawah daun / dalam lipatan daun & saiznya yang kecil sukar dilihat. Apa contoh  perosak tanaman yang selalu menggangu tanaman bagi home gardening? Macam mana nak kenalpasti pokok kita kena serangan? Contoh perosak menyucuk dan menghisap ialah afid (aphid), ulat koya (mealy bug),

Read More »

Belalai Gajah yang bagus untuk kesihatan!

Clinacanthus Nutans atau Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Dengan sifatnya yang berbatang kecil dan panjang yang boleh mencecah ketinggian sehingga 2.5 meter, tumbuhan ini perlukan sokongan kerana mudah rebah jika ditiup angin. Tumbuhan ini sesuai diletakkan di bahagian yang redup seperti dibawah pokok besar, di tepi rumah

Read More »

Follow us on Social Media:

Share to your friends and family:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top