SERANGAN SERANGGA PELOMBONG DAUN/LEAF MINER

Serangga perosak ini adalah punca utama permukaan daun tanaman anda berbentuk lingkaran atau berpusing pusing. Serangga ini banyak menyerang daun daun sayuran, daun pada tanaman buah buahan dan bunga bungaan juga ada yang terkena. Seperti serangga yang lain, pelombong daun ini juga kitaran hidupnya dari TELUR-LARVA-PUPA-DEWASA. Seawal peringkat larva, serangga ini dianggap bahaya dan melecehkan kerana ia mula ‘melombong’ atau mengorek daun-daun tanaman anda. Serangga ini akan memakan tisu daun anda dan akan membuatkan tanaman anda sukar untuk mendapat proses fotosintesis.

Jadi berapa banyak telur yang boleh serangga ini keluarkan? Tuan Puan, 100 biji sekali Tuan Puan. Leceh juga kalau tak dapat ditangani. Dalam masa 5 hari sahaja, telur tersebut akan menetas dan mula lah aktiviti memakan daun daun tanaman anda semua. Selepas 7 hari puas makan tisu daun tanaman, ia akan ke peringkat seterusnya, ia akan jadi pupa dan bersedia untuk menjadi dewasa yang mengambil masa 8 hari. Lepas 8 hari, keluarlah serangga dewasa yang sebesar lalat biasa yang kita nampak. Jadi setelah berjaya menjadi dewasa, ia mula mencari pasangan, mengawan dan bertelur semula. Begitulah kitaran hidup serangga ini Tuan Puan sekalian. 

 

Terdapat pelbagai cara untuk merawat dan menghindari dari serangan serangga ini antaranya ialah

  1. Buat semburan berkala, untuk semburan racun serangga saya syorkan Cuka Kayu dan Biosense Bioguard. Semburan serangga yang pertama saya bagi contoh sembur Bioguard dahulu di permukaan daun tanaman anda(Isnin), dan selang sehari anda sembur pula Cuka Kayu (Rabu) dan selang sehari lagi anda sembur Bioguard(Jumaat). Sabtu dan Ahad biarkan dahulu dan sambung semula pada Isnin dan berkala seperti biasa. Ia sesuai untuk merawat dan menghindari dari serangan serangga.
  1. Pasangkan pelekat berwarna kuning agar dapat menarik perhatian serangga dewasa. Serangga dewasa akan melekat dan anda boleh musnahkan serangga tersebut dengan bakar atau sembur racun serangga yang anda miliki.
  2. Cara ketiga ini merupakan cara ‘membersih’ atau betul betul menghapus kitaran hidup serangga ini. Cabut tanaman tanaman anda yang diserang dan bakar. Ia mungkin nampak merugikan, tapi dari masalah ini terus berlarutan, baik bakar dan tanam baru.

Jadi untuk mengelakkan dari serangan pelombong daun ini gunakan lah racun yang sesuai dan cepat bertindak apabila kerosakan berlaku sebelum ia merebak. -N

Anda berminat untuk menggunakan Baja dan Racun Serangga Perosak Organik daripada kami? Klik gambar dibawah!

 Anda ingin up to date dengan blog dan promo dari kami? Tekan gambar dibawah untuk subscribe        newsletter kami sekarang!

PROGRAM PEMANTAPAN EKONOMI MELALUI AGROBISNES di Putrajaya 13/8/2022

Program Pemantapan ekonomi melalui Agrobisnes dengan kerjasama NGO Pewangi, Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Program ini berlangsung pada 13 Ogos 2022 dan program ini diadakan di Dewan Blok C, Pangsapuri Putra Damai Precint 11, Putrajaya. Program ini disertai oleh 71 orang peserta dari sekitar Putrajaya.  Sebelum Program berlangsung, penduduk  Pangsapuri

Read More »

KENALI SERANGGA PEROSAK-SERANGGA YANG MENYERANG TANAMAN ANDA

Soalan: Perosak tanaman ada pelbagai jenis (sucking/chewing), kadang-kadang tak perasan dia ada dibawah daun / dalam lipatan daun & saiznya yang kecil sukar dilihat. Apa contoh  perosak tanaman yang selalu menggangu tanaman bagi home gardening? Macam mana nak kenalpasti pokok kita kena serangan? Contoh perosak menyucuk dan menghisap ialah afid (aphid), ulat koya (mealy bug),

Read More »

Belalai Gajah yang bagus untuk kesihatan!

Clinacanthus Nutans atau Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Dengan sifatnya yang berbatang kecil dan panjang yang boleh mencecah ketinggian sehingga 2.5 meter, tumbuhan ini perlukan sokongan kerana mudah rebah jika ditiup angin. Tumbuhan ini sesuai diletakkan di bahagian yang redup seperti dibawah pokok besar, di tepi rumah

Read More »

Follow us on Social Media:

Share to your friends and family:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top