Belalai Gajah yang bagus untuk kesihatan!

Clinacanthus Nutans atau Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Dengan sifatnya yang berbatang kecil dan panjang yang boleh mencecah ketinggian sehingga 2.5 meter, tumbuhan ini perlukan sokongan kerana mudah rebah jika ditiup angin. Tumbuhan ini sesuai diletakkan di bahagian yang redup seperti dibawah pokok besar, di tepi rumah atau dibawah net hitam. Tumbuhan ini berasal dari Thailand dan terkenal di Asia Tenggara.

Banyak kebaikan yang ada pada tumbuhan ini, tumbuhan ini juga tidak mengandungi toksik dan mengandungi mineral yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Suatu ketika dahulu Belalai Gajah ini digunakan untuk merawat gigitan ular berbisa, selepas itu digunakan untuk merawat jangkitan virus kayap. Belalai Gajah juga mampu mengatasi masalah pencernaan, demam dan memperbaiki dan mengganti sel sel badan yang rosak.

Terdapat beberapa cara untuk menggunakan Belalai Gajah ini.

  1. Anda boleh makan secara mentah semasa makan tengahari, makan malam mahupun sarapan pagi.
  2. Anda merebus daunnya dan air rebusan diminum. Ia juga boleh dicampur dengan jus epal, teh hijau dan dalam air tebu.
  3. Untuk gigitan ular, anda perlu menumbuk daun tersebut dan sapu kan di atas permukaan yang terkena gigitan dan untuk kayap juga sama.

Belalai Gajah ini mempunyai pelbagai khasiat, dari mengurangkan penyakit sehingga menyembuhkan. Jadi pada saya Belalai Gajah ini sesuai untuk kita tanam dirumah, berkhasiat dan pelbagai guna 👍🏽

Anda berminat untuk menggunakan Baja dan Racun Serangga Perosak Organik daripada kami? Klik gambar dibawah!

 Anda ingin up to date dengan blog dan promo dari kami? Tekan gambar dibawah untuk subscribe        newsletter kami sekarang!

PROGRAM PEMANTAPAN EKONOMI MELALUI AGROBISNES di Putrajaya 13/8/2022

Program Pemantapan ekonomi melalui Agrobisnes dengan kerjasama NGO Pewangi, Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Program ini berlangsung pada 13 Ogos 2022 dan program ini diadakan di Dewan Blok C, Pangsapuri Putra Damai Precint 11, Putrajaya. Program ini disertai oleh 71 orang peserta dari sekitar Putrajaya.  Sebelum Program berlangsung, penduduk  Pangsapuri

Read More »

KENALI SERANGGA PEROSAK-SERANGGA YANG MENYERANG TANAMAN ANDA

Soalan: Perosak tanaman ada pelbagai jenis (sucking/chewing), kadang-kadang tak perasan dia ada dibawah daun / dalam lipatan daun & saiznya yang kecil sukar dilihat. Apa contoh  perosak tanaman yang selalu menggangu tanaman bagi home gardening? Macam mana nak kenalpasti pokok kita kena serangan? Contoh perosak menyucuk dan menghisap ialah afid (aphid), ulat koya (mealy bug),

Read More »

Belalai Gajah yang bagus untuk kesihatan!

Clinacanthus Nutans atau Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Dengan sifatnya yang berbatang kecil dan panjang yang boleh mencecah ketinggian sehingga 2.5 meter, tumbuhan ini perlukan sokongan kerana mudah rebah jika ditiup angin. Tumbuhan ini sesuai diletakkan di bahagian yang redup seperti dibawah pokok besar, di tepi rumah

Read More »

Follow us on Social Media:

Share to your friends and family:

Share on facebook
Facebook
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on telegram
Telegram
Share on email
Email

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top