KENALI SERANGGA PEROSAK-SERANGGA YANG MENYERANG TANAMAN ANDA

Soalan: Perosak tanaman ada pelbagai jenis (sucking/chewing), kadang-kadang tak perasan dia ada dibawah daun / dalam lipatan daun & saiznya yang kecil sukar dilihat. Apa contoh  perosak tanaman yang selalu menggangu tanaman bagi home gardening? Macam mana nak kenalpasti pokok kita kena serangan?

Contoh perosak menyucuk dan menghisap ialah afid (aphid), ulat koya (mealy bug), teritip (scale insect) dan lalat putih (whitefly).  Peringkat tidak matang lazimnya tidak bergerak.  Kebanyakannya mengeluarkan embun madu (honey dew) yang menarik semut. 

Kehadiran semut adalah pada tanaman adalah salah satu cara untuk kenal pasti tanaman diserang serangga ini.  Lazimnya juga terutamanya serangan ulat koya dan lalat putih, terdapat debu-debu putih pada bahagian yang diserang.

Afid bewarna kekuningan dan duduk di belakang daun anda, bentuknya amat kecil dan perlu diperhatikan dengan betul.

Koya berbentuk putih dan selalu berada di batang pokok dan bawah daun. 

Belalang jenis ini yang banyak berada diatas daun tanaman, ia menyedut nutrien yang ada pada daun anda.

Ulat bulu ini memakan daun atau bunga tanaman anda dan menyebabkan kerosakan pada tanaman anda. 

Berbentuk seakan akan kayu, kupu-kupu ini menyerang  dengan memakan daun tanaman anda dan merosakkannya.

Ulat ratus ini merupakan serangga yang memakan daun, serangga ini kebanyakan banyak dijumpai di kobis. 

Lalat putih ini kebanyakannya berada dibawah daun anda. Jika anda mengibas daun anda, ia akan beterbangan dan kembali semula ke daun anda

Jenis belalang ini memakan daun anda, ia akan merosakkan sehingga tanaman anda kelihatan tidak berdaun

RACUN SERANGGA ORGANIK DARIPADA BIOSENSE

KENALI SERANGGA PEROSAK-SERANGGA YANG MENYERANG TANAMAN ANDA

Soalan: Perosak tanaman ada pelbagai jenis (sucking/chewing), kadang-kadang tak perasan dia ada dibawah daun / dalam lipatan daun & saiznya yang kecil sukar dilihat. Apa contoh  perosak tanaman yang selalu menggangu tanaman bagi home gardening? Macam mana nak kenalpasti pokok kita kena serangan? Contoh perosak menyucuk dan menghisap ialah afid (aphid), ulat koya (mealy bug),

Read More »

Belalai Gajah yang bagus untuk kesihatan!

Clinacanthus Nutans atau Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass merupakan tanaman herba yang bagus untuk kesihatan. Dengan sifatnya yang berbatang kecil dan panjang yang boleh mencecah ketinggian sehingga 2.5 meter, tumbuhan ini perlukan sokongan kerana mudah rebah jika ditiup angin. Tumbuhan ini sesuai diletakkan di bahagian yang redup seperti dibawah pokok besar, di tepi rumah

Read More »

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart
Scroll to Top