Program Pemantapan ekonomi melalui Agrobisnes dengan kerjasama NGO Pewangi, Jabatan Pembangunan Wanita dan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Program ini berlangsung pada 13 Ogos 2022 dan program ini diadakan di Dewan Blok C, Pangsapuri Putra Damai Precint 11, Putrajaya. Program ini disertai oleh 71 orang peserta dari sekitar Putrajaya.
Sebelum Program berlangsung, penduduk Pangsapuri Putra Damai pun dah bersedia dengan tempat dan minuman. Team Biosense juga sudah sampai pada 12 Ogos 2022 untuk pastikan semua dalam keadaan terkawal dan Composting Set diletakkan ditempat yang sesuai. Encik Mat Sidek amat membantu dalam penyediaan projector. Meja untuk pendaftaran, pintu masuk dan keluar dan lain lain.
Program bermula pada jam 8 pagi dengan pendaftaran di luar dewan. Program diteruskan dengan ucapan awal dari wakil JPW, JPNIN dan Pewangi. Seterusnya Dr Rokiah meneruskan program dengan 3 topik. Topik pertama, Apliksi Teknologi Hijau Smart Heritage Bagi Menghasilkan Kompos Berkualiti. Topik Kedua, Kaedah Penanaman, Perawatan dan Penjagaan Tanaman Secara Organik. Topik Ketiga ialah Pengkomersilan. Pada sebelah petang, Dr Rokiah teruskan sesi Praktikal: Penghasilan Kompos dan Kaedah penggunaan Kompos pada Tanaman
Program tamat pada pukul 5 petang dan ditamatkan dengan penyerahan saguhati dari KRT Pangsapuri Damai penganjur dan penyerahan Set Kompos. Sesi bergambar juga dibua diluar dewan dan laungan Zero Waste dari peserta Program kali ini.
Testimoni dari peserta Program ini, Menarik ke tak tu? Jom kita dengar