BORANG PENDAFTARAN DROPSHIP

BUTIR-BUTIR PEMOHON
BUTIR-BUTIR PEMOHON
ALAMAT ONLINE ANDA

TERMA & SYARAT MINI AGENT/ DROPSHIP

Berikut adalah terma dan syarat penjualan produk, servis dan apa-apa jua yang berkaitan dengan produk dan servis yang ditawarkan secara percuma ataupun sebaliknya. Anda hendaklah dinasihatkan untuk membaca setiap terma dan syarat yang tertera di bawah :

1. Mengisi Borang Permohonan
Pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap borang yang disediakan oleh syarikat dan menghantar semula permohonan tersebut kepada pihak syarikat.

2. Menetapkan Harga Produk

  • Pihak syarikat berhak menetapkan harga jualan runcit dan harga mini agent/ dropship setiap produk keluaran syarikat dari semasa ke semasa.
  • Pihak syarikat berhak membuat jualan promosi dan pihak mini agent perlu mengikut harga promosi yang ditetapkan syarikat menerusi memo yang dikeluarkan.
  • Pihak Mini agent/dropship dilarang sama sekali mengubah seperti menurun atau menaikkan harga produk sesuka hati, tanpa mendapat memo atau surat pengesahan daripada pihak syarikat.

3. Informasi yang Jelas dan Benar
Pihak Mini agent/dropship dilarang sama sekali memberikan penerangan yang salah terhadap sistem perniagaan atau produk syarikat. Setiap penerangan hendaklah berpandukan kepada risalah yang dibekalkan oleh pihak syarikat sahaja. Pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap tuntutan yang dilakukan oleh mana-mana pihak sekiranya berpunca daripada kesalahan pihak mini agent/ dropship yang memberi penerangan. Pihak syarikat hanya akan berurusan dengan mini agent/ dropship yang SAH sahaja.

4. Produk yang dibeli tidak akan dikembalikan
Setiap produk yang telah dibeli daripada pihak syarikat tidak boleh dikembalikan. Perkara ini perlu dipandang serius agar tidak menyebabkan kerugian kepda pihak syarikat untuk menanggung kos penghantaran dan perkhidmatan yang tinggi.

5. Tanggungjawab mini agent/ dropship

  • Pihak mini agent/dropship diwajibkan menyertai latihan yang dianjurkan syarikat dari masa ke semasa.
  • Pihak syarikat bertanggungjawab sepenuhnya menerangkan operasi syarikat dan produk keluaran syarikat kepada mini agent/ dropship, pelanggan atau pihak umum dikawasan masing-masing mengikut standard yang ditetapkan syarikat.
  • Pihak mini agent/dropship dilarang menggunakan logo, nama dan hakcipta atau harta intelek syarikat tanpa sebarang kebenaran bertulis daripada pihak syarikat.
  • Pihak mini agent/dropship hendaklah menjaga imej dirinya dan pihak syarikat dari masa ke semasa.
  • Pihak mini agent/dropship hendaklah menerima segala bentuk aduan umum mengenai produk dan perkhidmatan pihak syarikat dan mengetengahkan aduan tersebut terus ke pihak syarikat

6. Status mini agent/ dropship
Mini agent/dropship dianggap batal atau tidak aktif sekiranya tidak membuat sebarang pembelian produk minimum RM600 (dropship)/ RM3750 (mini agent) dalam tempoh sebulan dari tarikh terakhir pembelian.

7. Kawasan Edaran
Syarikat tidak menetapkan kawasan edaran samada edaran secara online atau offline. Namun begitu, mini agent/ dropship perlu memilih kawasan edaran utama bagi memudahkan syarikat menilai kemampuan disetiap kawasan edaran.

8. Pembatalan Kelayakan mini agent/ dropship
Sekiranya mana-mana syarat dan terma di atas tidak dipatuhi oleh pihak mini agent/ dropship, secara langsung kelayakan sebagai mini agent akan terbatal dengan serta merta tanpa sebarang notis.

Shopping Cart
Scroll to Top